Cari:
Kenangan Mantan Duta Besar China terhadap Filipina
2009-09-29 11:45:44 CRI Cetak

Encik Chen Songlu, mantan Duta Besar China ke Filipina. Beliau adalah Duta Besar Ke-4 ke Filipina dari tahun 1984 hingga 1988. Menurutnya, pengalaman selama 4 tahun di Filipina telah meninggalkan ingatan yang cukup mendalam lagi manis kepada beliau. Encik Chen Songlu berkata: "Filipina ialah sebuah negara kepulauan yang indah dengan pemandangan alam semula jadinya yang unik. Negara itu menjadi destinasi pelancongan yang amat baik kerana mempunyai banyak pantai yang sungguh cantik."

Chen Songlu dilantik sebagai Duta Besar ke Filipina ketika berusia 53 tahun. Semasa baru sampai ke negara itu, beliau dan kakitangan kedutaan besar yang lain sentiasa menghadapi kesusahan dari segi perjalanan dan kehidupan kerana belum biasa dengan suasana tempatan. Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana selalu mendapat pertolongan daripada penduduk tempatan. Ini menjadi ingatan pertama yang amat baik bagi beliau terhadap Filipina. Kata beliau: "Rakyat Filipina meninggalkan ingatan amat mendalam kepada saya. Mereka sentiasa ramah-tamah an bersikap terbuka. Mereka suka menyanyi dan menari tidak kira yang muda maupun yang sudah berusia."

Pada tahun 1984, Puan Corazon Aquino dipilih sebagai Presiden Filipina. Beliau juga presiden wanita pertama bagi negara itu. Puan Corazon Aquino mempunyai separuh darah keturunan China kerana ibunya, warga China yang berasal dari Provinsi Fujian. Encik Chen Songlu bersahabat baik dengan Presiden Filipina itu. Ketika berakhirnya tempoh perkhidmatan Chen sebagai Duta Besar ke Filipina, Presiden Corazon Aquino mengadakan jamuan khusus untuk beliau, dan menganugerahkan pingat gemilang kepadanya. Menurut Chen Songlu, pingat tersebut bukti yang menunjukkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Selain pingat gemilang itu, gambar-gambar yang diambil bersama dengan tokoh-tokoh Cina Filipina juga disimpan dengan baik oleh beliau. Menurut Encik Chan Songlu, kaum Cina Filipina telah memberikan sumbangan yang amat besar untuk mendorong pertukaran antara kalangan rakyat China-Filipina, terutama dalam bidang kebudayaan. Kata beliau: "Mereka selalu memberikan pandangan dan cadangan kepada Kedutaan Besar China, dan menderma wang untuk membantu mendirikan sekolah dan perpustakaan di China. Oleh itu, kaum Cina Filipina boleh dikatakan banyak memberi sumbangan terhadap interaksi budaya antara kedua-dua negara."

Chen Songlu turut mengimbas satu lagi kenangan beliau ketika baru menyandang jawatan Duta Besar itu ke Filipina. Dalam satu pertemuan dengan Puan Imelda, isteri kepada bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos itu berkata: jumlah perdagangan Filipina-China telah mencapai 200 juta dolar Amerika. Walau bagaimana pun, Filipina berharap angka ini boleh meningkat kepada 500 juta dolar Amerika dalam 5 tahun akan datang. Harapannya telah menjadi kenyataan selepas dua tahun sahaja. Encik Chen Songlu berkata, tahun ini ialah ulang tahun ke-60 penubuhan Republik Rakyat China, jumlah perdagangan China-Filipina telah meningkat lagi kepada 3 bilion dolar Amerika. Hubungan dan pertukaran China-Filipina dalam pelbagai bidang telah meningkat dari semasa ke semasa sejak abad ke-21. Beliau yakin, bahawa hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara akan terus diperkukuhkan lagi pada masa akan datang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China