Cari:
Forum Kerjasama antara Kastam dan Perdagangan China-ASEAN Pertama akan Diadakan di Nanning
2009-10-06 14:30:20 CRI Cetak

Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan siap dibina. Untuk memudahkan perdagangan China-ASEAN dan mendorong pembinaan kawasan perdagangan tersebut, Forum Kerjasama antara Kastam dan Perdagangan China-ASEAN Pertama akan diadakan di Nanning pada penghujung bulan ini. Pegawai kanan yang bertanggungjawab terhadap urusan kastam, wakil syarikat terkenal di dunia, wakil pertubuhan antarabangsa serta pakar dan sarjana akan menyertai forum itu.

Dimaklumkan, forum itu bertema "Memudahkan Perdagangan", dan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan mencapai muafakat bestari, berunding untuk sama-sama menghadapi krisis kewangan antarabangsa, mendorong pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, dan meningkatkan pembangunan ekonomi serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China