Cari:
Perusahaan ASEAN Aktif Menyertai Ekspo China-ASEAN Ke-6
2009-10-08 18:22:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ekspo China-ASEAN Ke-6 yang akan diadakan di Guangxi, China pada bulan ini mendapat sambutan yang lebih hangat daripada perusahaan negara ASEAN berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sehubungan dengan itu, lebih banyak forum dan aktiviti akan diadakan dalam tempoh ekspo tersebut bagi membantu usahawan kedua-dua pihak meneroka peluang perniagaan antara satu sama lain.

Enam buah negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam akan mendirikan ruang pameran sendiri dalam ekspo tersebut. Selain itu, lebih 20 buah delegasi pembeli dari negara ASEAN telah disahkan untuk menyertai ekspo berkenaan.

Ekspo China-ASEAN Ke-6 akan diadakan di Nanning, Guangxi China pada 20 hingga 24 Oktober nanti.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China