Cari:
Kira Detik 200 Hari Menjelang Ekspo Dunia Shanghai
2009-10-13 11:21:40 CRI Cetak

Hanya tinggal 200 hari sahaja lagi sebelum Ekspo Dunia 2010 di Shanghai dirasmikan. Lebih 20 negara menyelesaikan pembinaan pavilion mereka dan kerja menghias pavilion tersebut dimulakan awal bulan ini.

Pada hari ini, pameran mengenai sejarah Ekspo Dunia dibuka kepada penduduk Shanghai. Sementara itu, sistem pembelian tiket melalui telefon bimbit sudah beroperasi. Lebih 40 bintang dari Tanah Besar, Hong Kong, Macau dan Taiwan akan mengadakan persembahan di Shanghai malam ini untuk menyambut kira detik 200 hari menjelang ekspo tersebut.

Sebelum ini, kedai yang menjual cenderamata francais ekspo Shanghai itu yang seluas 1,000 meter persegi dibuka kepada umum.

Setakat ini, terdapat 242 negara dan pertubuhan antarabangsa berdaftar menyertai Ekspo Dunia Shanghai pada tahun depan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China