Cari:
China dan ASEAN Bincang Kerjasama dalam Bidang Perdagangan
2009-10-14 18:53:44 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-6 yang akan diadakan di Nanning, Guangxi pada 20 hari bulan ini menumpukan perhatian terhadap isu-isu seperti kaedah menangani krisis kewangan global, pembukaan pasaran dan peluang perniagaan yang baru.

Pegawai dari pihak penganjur, Huang Yongqiang berkata hari ini, sidang kemuncak yang bertemakan "Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN dengan Integrasi ASEAN: Bekerjasama dan Maju Bersama" itu merupakan sidang yang agak penting sebelum zon perdagangan bebas tersebut ditubuhkan. Pada kesempatan ini, pemimpin, usahawan, pakar dan sarjana dari China dan negara-negara ASEAN akan berkumpul di bandar itu untuk membincangkan isu meningkatkan kerjasama antara China dengan rantau itu dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Setakat ini, kira-kira 1,500 wakil dari China dan ASEAN mendaftar diri untuk sidang kemuncak kali ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China