Cari:
Singapura dan Thailand Tingkatkan Penyelarasan dalam Hal-ehwal Awam
2009-10-15 14:40:05 CRI Cetak

Singapura dan Thailand mengadakan perbincangan tentang peningkatan kerjasama dalam hal-ehwal awam dan mengemukakan cadangan baru untuk memudahkan pegawai-pegawai awam dari kedua-dua negara menangani cabaran yang timbul akibat kerjasama transnasional itu.

Pegawai kanan dari beberapa jabatan kedua-dua pihak menghadiri mesyuarat penyelarasan ke-9 tentang Skim Pertukaran Perkhidmatan Hal-ehwal Awam Thailand-Singapura yang dipengerusikan oleh Menteri Luar Singapura, George Yeo dan rakan sejawatnya dari Thailand, Kasit Piromya di Singapura semalam.

Sejak skim itu dilancarkan pada tahun 1997, ia berkembang menjadi satu mekanisme dua hala yang penting untuk menjayakan kerjasama dalam bidang pendidikan, kesihatan, media, budaya, sains dan teknologi serta kebajikan sosial.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China