Cari:
Vietnam Tingkatkan Kerjasama dengan Provinsi Sichuan
2009-10-16 15:44:55 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung berharap hubungan antara negara itu dengan provinsi Sichuan China dapat dipereratkan lagi melalui penubuhan Konsulat Jeneral di provinsi itu dan pelancaran laluan penerbangan langsung antara kedua-dua pihak.

Vietnam dan Sichuan menandatangani 4 perjanjian mengenai peningkatan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelancongan di Chengdu semalam.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kegiatan perdagangan Vietnam-Sichuan dilihat semakin rancak. Nilai perdagangan kedua-dua pihak bagi tahun 2008 meningkat sebanyak 18%, iaitu mencecah 332 juta dolar Amerika. Di samping itu, sejumlah besar perusahaan Sichuan yang berdaya saing telah menembusi pasaran Vietnam.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China