Ahli Parlimen Kemboja menyanjung tinggi terhadap pencapaian kerjasama Kemboja dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan ketika membahas dan meluluskan "Perjanjian Kerjasama Ekonomi Perdagangan ASEAN dengan China" semalam. Mereka juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada China atas bantuannya terhadap negara itu.
Katanya, jumlah perdagangan kedua-dua negara mencapai 933 juta dolar Amerika pada tahun 2007, bertamah lebih 70 kali ganda berbanding dengan tahun 1992. Jumlah perdagangan dua hala dijangka mencapai sebilion dolar Amerika seiring dengan pelaksanaan dasar tarif keutamaan China terhadap Kemboja pada tahun 2010.