Cari:
Pembinaan Komuniti Menjadi Topik Utama Sidang Kemuncak ASEAN Ke-15
2009-10-17 14:50:23 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 dan beberapa siri sidang kemuncak ASEAN dengan beberapa negara rakan dialog yang akan diadakan di Thailand dari 21 hingga 25 Oktober ini akan membincangkan pembinaan komuniti serantau, rizab tukaran wang asing dan perubahan iklim.

Ketua Jabatan Hal Ehwal ASEAN Kementerian Luar Thailand menyatakan tajuk utama sidang tersebut ialah "meningkatkan kerjasama dan interaksi serta memberi kuasa kepada rakyat". Menurut beliau, pemimpin dari 10 buah negara anggota ASEAN dan tiga negara rakan dialog, iaitu China, Jepun dan Republik Korea akan membincangkan pembinaan komuniti ASEAN yang diharapkan terbentuk menjelang tahun 2015.

Selain itu, pertubuhan hak asasi manusia yang pertama di bawah pimpinan ASEAN, iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Negara ASEAN akan ditubuhkan dalam sidang tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China