Duta Besar Indonesia ke China, Encik Sudrajat menyatakan rasa kagumnya terhadap kejayaan besar pembangunan yang dicapai Republik Rakyat China sejak tertubuhnya republik itu 60 tahun lalu. Dalam satu wawancara baru-baru ini, beliau berkata, China telah mengekalkan kestabilan dalam bidang politik dalam tempoh 60 tahun lalu, dan berjaya meningkatkan kekuatan negara secara menyeluruh dengan ketara sejak dilaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada akhir tahun 1970-an. Encik Sudrajat berkata: "China mengalami perubahan yang amat besar sejak ditubuhkannya Republik Rakyat China ditubuhkan 60 tahun yang lalu. Sekarang, China sudah menjadi kuasa ekonomi yang ketiga terbesar di dunia selepas A.S. dan Jepun. Sukan Olimpik yang dianjurkan di Beijing pada tahun 2008 telah memberikan kesan yang amat mendalam kepada seluruh dunia. Ia juga mencerminkan kejayaan besar yang dicapai China dalam pembangunannya."
Duta Besar itu juga menyanjung tinggi usaha kerajaan China dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan mewujudkan masyarakat yang harmoni. Menurut beliau, China sudah menjadi contoh yang baik kepada negara membangun yang lain di dunia. Kata beliau: "Pemimpin China sentiasa memberi keutamaan terhadap kepentingan rakyat. Maka, usaha pembangunan China dijalankan dengan menyasarkan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Kerajaan China sentiasa menumpukan perhatian terhadap bagaimana memelihara kepentingan rakyat dalam pelbagai aspek. Ini termasuk, menyediakan peluang kerja yang mencukupi, memberikan kemudahan kepada rakyat dari segi kehidupan serta mengambil berat terhadap isu-isu yang berkait dengan rakyat seperti kesihatan, pendidikan dan pendapatan. Ini boleh menjadi contoh yang baik terhadap seluruh dunia.
Polis Indonesia mencapai kejayaan besar dalam usaha mengenai keganasan dengan tertubuhnya pemimpin Jemaah Islamiah, Noordin Mohammed Top dalam satu operasi menggempur sarang pengganas pada 17 September lalu. Menurut Encik Sudrajat, Indonesia dan China berpegang kepada pendirian yang sama mengenai usaha membanteras keganasan. Beliau yakin kerajaan China juga boleh mengatasi keadaan yang sama seperti ancaman keganasan terhadap Xinjiang yang berlaku rusuhan baru-baru ini. Kata beliau: "Saya baru sahaja kembali dari Xinjiang. Apa yang saya saksikan di sana bukan seperti yang digambar-gambarkan dalam laporan media Barat. Ketika berbual-bual dengan penduduk etnik Uygur tempatan, mereka semua melahirkan rasa kesal berlakunya peristiwa keganasan yang berlaku di Xinjiang. Mereka menyatakan terima kasih terhadap sokongan kerajaan pusat terhadap masyarakat tempatan. Selain itu, saya telah melihat sendiri penduduk Xinjiang bebas menjalani kehidupan masing-masing dari pelbagai aspek, termasuk bebas menjalankan aktiviti keagamaan. Saya yakin bahawa kerajaan China yang sudah berpengalaman dalam hal sedemikian pasti boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Xinjiang dengan baik.