Banyak perusahaan Sichuan tertarik untuk melabur di Kemboja. Ini ekoran Sidang Khas pelaburan provinsi Norodom Sihanouk, Kemboja yang berlangsung dalam Ekspo Bahagian Barat China di Sichuan kelmarin.
Lebih seratus perusahaan Sichuan yang terlibat dalam bidang pembinaan, perlombongan, pelancongan, pertanian dan pakaian telah menyertai sidang itu.
Pengarah Syarikat Zon Ekonomi Norodom Sihanou, Chen Jiangang memaklumkan bahawa Kemboja mempunyai situasi dalam dan luar negara yang selamat, tanpa kawalan mata wang tukaran asing, kos pekerja agak rendah dan pasaran bebas bertahap tinggi. Perusahaan China yang melabur di negara itu akan menikmati dasar perdagangan keutamaan yang diberikan oleh negara-negara maju.