China boleh membantu negara-negara di Asia mengatasi krisis kewangan global dan memulihkan ekonomi.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Chor Chee Heung ketika menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-6 di Nanning Guangxi.
Menurut beliau, sebagai sebuah negara yang besar, China memberikan sumbangan dalam menghadapi krisis kewangan global. Keperluan penggunaan di A.S. dan Jepun iaitu negara pengekspot utama bagi Malaysia menurun dengan ketara, dan pada masa yang sama, China yang mempunyai pasaran yang besar akan memberikan peluang perkembangan kepada Malaysia. Beliau yakin China dapat membantu Asia mengatasi krisis kewangan itu.
Menurutnya, ekspo ini bukan sahaja memberikan peluang perniagaan kepada pelabur Malaysia, tetapi juga merapatkan hubungan China dengan ASEAN. Diharapkan China dan Malaysia terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang budaya dan pelancongan dan pihaknya akan terus menyokong ekspo ini.