Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan siap dibina pada 1 Januari tahun depan. Kawasan perdagangan bebas yang ketiga terbesar di dunia itu akan memberikan keuntungan kepada 1.9 bilion orang , mempunyai KDNK hampir 6000 bilion dolar Amerika, dan mencapai jumlah perdagangan sebanyak 4500 bilion dolar Amerika. MTokoh-tokoh pelbagai negara yang menyertai Ekspo China-ASEAN Ke-6 yang dirasmikan di Nanning, Guangxi hari ini menaruh harapan besar terhadap prospek kawasan tersebut.
Naib Menteri Perdagangan Thailand, Puan Ekkarin Inprom berpendapat, ekspo tersebut menyediakan saluran yang mudah kepada produk negaranya memasuki pasaran China. Dengan platform ini dan beberapa buah perjanjian yang tercapai oleh kedua-dua pihak, jumlah perdagangan dua hala akan meningkat dengan ketara.
Usahawan Myanmar, Aung Naing berkata, terbentuknya kawasan perdagangan bebas tersebut akan memberikan lebih banyak peluang bagi Guangxi, China dan Myanmar.
Usahawan Guangxi, Mo Shanyi menganggap dengan terbentuknya kawasan perdagangan bebas tersebut akan memperluaskan pasaran dan memberikan lebih banyak peluang kepada perusahaan di Guangxi. Beliau ingin mempopularkan teknologi penjimatan sumber tenaga yang dihasilkan oleh syarikatnya kepada negara-negara ASEAN.