Ekspo China-ASEAN kali ini amat bererti.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Laos, bouasone Bouphawanh dalam upacara perasmian Ekspo China-ASEAN Ke-6 di Nanning, Guangxi China hari ini. Kata beliau, pelbagai negara anggota ASEAN sedang berusaha untuk menubuhkan komuniti ASEAN sambil bersiap sedia untuk menyambut terdirinya Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang akan siap dibina pada tahun depan. Ekspo ini terus memperkukuh hubungan rakan strategik antara ASEAN dengan China.
Laos merupakan negara tema ekspo kali ini. Menurut Bouasone, beliau percaya ekspo kali ini akan memainkan peranan penting bagi mendorong kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Laos dengan China.