Sebanyak 160 projek kerjasama ditandatangani dalam dua majlis menandatangani projek Ekspo China-ASEAN ke-6 semalam. Jumlah pelaburan projek tersebut mencatat hampir 14 bilion dolar Amerika.
Dalam majlis menandatangani projek kerjasama ekonomi antarabangsa, 80 projek pelaburan dengan jumlah 4 bilion dolar Amerika telah ditandatangani. Projek-projek tersebut melibatkan bidang pembuatan perindustrian, penerokaan pelancongan, infrastruktur, sumber tenaga komunikasi, logistik perdagangan, perkhidmatan perisian dan maklumat.
Bagi projek kerjasama dalam negara, pula 80 projek pelaburan yang berjumlah 48 bilion yuan RMB telah ditandatangani, dan melibatkan bidang pembuatan perindustrian, infrastruktur, sumber tenaga komunikasi, pertanian dan pemprosesan hasil pertanian.