Menurut Statistik, jumlah pelaburan negara-negara ASEAN di China mencatat 52 bilion dolar Amerika setakat penghujung tahun lalu. Ini merupakan 6% daripada jumlah keseluruhan pelaburan asing di China. Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina merupakan lima negara penyumbang utama pelaburan asing di China.
Perkara tersebut dimaklumkan hari ini oleh Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN ke-6 yang sedang berlangsung di Nanning, Guangxi.
Selain itu, perusahaan-perusahaan negara anggota ASEAN beroptimis terhadap prospek pasaran China dan berkeyakinan penuh terhadap usaha pelaburan di China.