(Setiausaha Agung ASEAN,Dr Surin Pitsuwan menyampaikan ucapan dalam forum)
Forum Kerjasama antara Kastam dengan Kalangan Perniagaan China-ASEAN yang bertemakan "memudahkan kegiatan perdagangan" diadakan di Nanning, Guangxi pada 20 Oktober. Seramai 260 peserta termasuk pegawai jabatan kastam dan tokoh-tokoh kalangan perniagaan dari kedua-dua pihak menghadiri forum tersebut. Para peserta mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama menangani krisis kewangan semasa, merancakkan kegiatan perdagangan serantau dan mendorong penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.