Pelbagai pihak yang menyertai forum itu berpendapat, meskipun ekonomi dunia telah mengalami perubahan yang positif dan pasaran kewangan antarabangsa beroperasi dengan stabil, tetapi krisis kewangan antarabangsa tetap menghadapi masa depan yang tidak pasti. Jadi, mempercepat kerjasama dalam bidang kewangan antara China dengan ASEAN amat besar maknanya.
"Perisytiharan Bersama" berbunyi bahawa seiring dengan pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak akan diperluas. Ini bermakna kerjasama kewangan serantau perlu dipercepat, dan kerjasama antara China dengan negara anggota ASEAN dalam pelbagai peringkat perlu dipertingkat.