Cari:
Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan Memberi Peluang Perdagangan Besar kepada Qinzhou, China
2009-10-22 16:46:55 CRI Cetak

Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang akan siap dibina pada tahun depan akan memberikan peluang perdagangan dan prospek pembangunan yang luas kepada bandar Qinzhou, Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, China.

Naib Ketua Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Daerah Penerokaan Ekonomi Pelabuhan Qinzhou, Wei Peng memberitahu wartawan hari ini Qinzhou terletak di pusat Kawasan Ekonomi Teluk Beibu Guangxi dan merupakan pelabuhan yang paling mudah ke negara-negara ASEAN di kawasan barat daya China.

Dengan kepesatan pembinaan kawasan perdagangan tersebut, Qinzhou akan menjadi pusat komunikasi penting yang menghubungkan kawasan barat daya dan tenggara dengan pasaran ASEAN. Sehingga ini, ia telah menarik pelaburan sejumlah besar syarikat dari Indonesia dan Singapura. Kawasan industri berhampiran pelabuhan yang besar untuk petrokimia, sumber tenaga, penghasilan kertas, elektronik dan pemprosesan bahan makanan sedang dibentuk. Menjelang tahun 2012, jumlah pengeluaran industri petrokimia akan melebih 100 bilion yuan RMB, dan perusahaan yang jumlah nilai pengeluarannya melebihi 100 juta yuan RMB itu akan melebihi 100 buah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China