Radio Suara Teluk Beibu Guangxi, iaitu FM radio antarabangsa China yang pertama telah dilancarkan hari ini di Nanning, Guangxi.
Siaran Radio Suara Teluk Beibu Guangxi akan memainkan peranan amat penting dalam perkembangan radio China dan penyiaran terhadap negara-negara asing. Selain itu, FM radio tersebut juga mewujudkan inovasi dalam kandungan siaran rancangan dan sistem pentadbirannya.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Radio Antarabangsa China(CRI), Wang Gengnian pada Upacara Perasmian Pelancaran Siaran FM Radio Suara Teluk Beibu Guangxi pagi tadi.
Radio tersebut dikendalikan oleh CRI dan Radio Antarabangsa Guangxi. Ia akan menggunakan bahasa Inggeris, Thailand, Vietnam, Kantonis dan Mandarin, bagi penyiarannya ke negara-negara Asia Tenggara. Program CRI dan program Radio Guangxi Antarabangsa Radio itu juga akan mewujudkan disiarkan bersama secara langsung melalui teknologi satelit.