Kerjasama China dan negara anggota ASEAN mencapai hasil yang memuaskan dalam bidang televisyen.
Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara China, Tian Jin pada Forum Televisyen China-ASEAN di Nanning, Guangxi hari ini.
Menurutnya, sejak Kenyataan Beijing mengenai Forum Kemuncak Radio Televisyen China-ASEAN diluluskan pada bulan April tahun lalu, kedua-dua pihak telah mencapai hasil yang memuaskan dalam pertukaran program, peningkatan kerajasama dalam bidang teknologi dan penawaran skim latihan modal insan.
Tian Jin berkata, kerjasama China dan ASEAN mempunyai potensi yang agak besar dalam bidang televisyen.