Forum Televisyen China-ASEAN yang ditutup di Nanning, Guangxi hari ini meluluskan minit mesyuarat yang berkaitan dengan peningkatan kerjasama dalam bidang televisyen.
Kira-kira 80 pegawai kanan dari badan kerajaan negara anggota ASEAN, tokoh-tokoh dari sektor televisyen, serta wakil China menghadiri forum tersebut. Mereka mengadakan perbincangan mengenai isu-isu seperti dasar industri televisyen, integrasi media dan pertukaran program TV.
Pada hari yang sama, Stesen TV Guangxi China telah menandatangani dokumen kerjasama dengan stesen TV Laos dan Vietnam.