Rantau Asia Timur perlu menggembleng tenaga dalam usaha menangani cabaran global, seperti krisis kewangan antarabangsa, perubahan iklim, keselamatan bahan makanan, isu kemiskinan dan penyakit.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao pada Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-4 di Hua Hin, Thailand hari ini.
Menurutnya, pihak-pihak yang terlibat perlu berpegang teguh pada konsep saling mempelajari, menghormati tamadun yang berbeza-beza dan hidup bersama secara harmoni.
Beliau juga mencadangkan supaya semua pihak mematuhi prinsip "bersikap terbuka dan bertolak ansur, serta bertindak secara berperingkat-peringkat", meningkatkan persefahaman dan kerjasama supaya menuju ke arah membina Komuniti Asia Timur.
Pemimpin-pemimpin dari Jepun, Republik Korea, India, Australia, New Zealand dan negara anggota ASEAN turut hadir dalam sidang kemuncak petang tadi.