Pemimpin-pemimpin negara anggota ASEAN berpuas hati terhadap kejayaan yang dicapai dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 yang berlangsung di Thailand.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Thailand, Apisit Vejjajiva hari ini.
Menurut beliau, sidang ini dapat meningkatkan kerjasama antara negara anggota ASEAN dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan. Lebih-lebih lagi menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, iaitu institute hak asasi manusia ASEAN pertama. Sidang ini memainkan peranan yang positif untuk menggalakkan proses integerasi ASEAN.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-15 ditutup di Hua Hin petang tadi.