Cari:
China Rayakan Hari Warga Emas
2009-10-26 14:53:12 CRI Cetak

Hari ini perayaan tradisional China, Pesta Chongyang yang juga dikenali sebagai Hari Warga Emas. Pelbagai tempat di China mengadakan aktiviti untuk memberi penghormatan kepada golongan warga emas.

Seramai 200 orang tua dan keluarga mereka dijemput untuk menyertai majlis jamuan yang diadakan oleh Persatuan Jaga Kesihatan Orang Tua China di Dewan Besar Rakyat Beijing malam tadi.

Aktiviti amal anjuran Kuil Konfusius Beijing dan Muzium Guozijian menarik perhatian ramai. Golongan muda yang menyertai aktiviti itu memberi penghormatan kepada golongan tua dengan cara yang tradisional, iaitu membaca kitab serta menghidangkan teh dan kuih-muih Chongyang kepada orang tua. Aktiviti itu diadakan untuk mengekal dan mengembangkan tradisi China yang baik.

Selain Beijing, di Shanghai dan Tianjin juga diadakan aktiviti sambutan perayaan tersebut.

Sebagai menyambut Pesta Chongyang, orang China akan pergi makan angin, mendaki gunung dan menikmati keindahan bunga kekwa yang berkembang mekar pada musim luruh. Pada tahun 1989, kerajaan mengisytiharkan pesta itu sebagai Hari Warga Emas.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China