Cari:
Syarikat Yunnan China Banyak Melabur di Myanmar, Laos dan Vietnam
2009-10-26 15:46:42 CRI Cetak

Pada tiga suku tahun pertama tahun ini, sebanyak 37 syarikat dari Yunnan China melabur di Myanmar, Laos dan Vietnam dengan pelaburan kontrak mencatat 354 juta dolar Amerika.

Menurut Jabatan Perdagangan Yunnan, provinsi itu amat penting dalam pelaburan China di negara-negara jiran justeru hubungan ekonominya yang kian erat dengan negara-negara tersebut. Syarikat-syarikat dari Yunnan banyak melabur di negara-negara Asia Tenggara, khususnya di Myanmar, Laos dan Vietnam.

Jumlah perdagangan antara Yunnan dengan Laos mencatat angka 110 juta dolar Amerika pada tahun 2008 dan kian meningkat pada masa ini. Yunnan dan Laos melaksanakan pelbagai projek bersama yang berjumlah 500 juta dolar Amerika seperti tanaman getah dan tanaman gantian kepada bunga popi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China