Cari:
Kerjasama dan Pertubuhan Program Antara Stesen TV Guangxi dengan Stesen TV Negara ASEAN Diwujudkan
2009-10-26 13:42:28 CRI Cetak

Perjanjian Pertukaran Program TV dan Surat Cadangan Kerjasama secara berasingan telah ditandatangani oleh Stesen TV Guangxi China dengan Stesen TV Digital Vietnam dan Stesen TV Negara Laos dalam Forum TV China-ASEAN yang berlangsung di Nanning Guangxi.

Menurut perjanjian tersebut, Stesen TV Digital Vetnam akan menerima dan menyiar program Stesen TV Guangxi di Vietnam untuk menyiarkan aktiviti budaya dan kegiatan ekonomi di China. Beberapa program budaya dalam waktu tidak tetap dirancangkan dan disiarkan oleh kedua-dua pihak mulai tahun 2010. Kursus latihan percuma akan diadakan oleh Stesen TV Guangxi untuk Stesen TV Vietnam.

Rancangan "Gaungxi Hari Ini" akan dilancarkan oleh Stesen TV Laos mulai 1 Januari tahun 2010. "Pesta TV Guangxi China" atau "Minggu Siaran TV Guangxi China" dalam waktu yang tidak tetap akan diadakan oleh kedua-dua stesen TV tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China