China dan negara-negara ASEAN yang kaya dengan sumber pelancongan sepatutnya berbincang bersama untuk meneroka produk kebudayaan yang mempunyai keunikan negara-negara Asia. Penolong Menteri Kebudayaan China, Ding Wei berkara, Asia mempunyai keunikan seperti persembahan kesenian yang besar, barangan kenangan pelancongan dan produk kebudayaan pelancongan yang berkenaan. China dan ASEAN perlu berusaha meningkatkan pembangunan pasaran produk warisan bukan benda budaya, meningkatkan penerokaan kerjasama dan perlindungan warisan berkenaan dan menggalakkan usaha mempromosi produk warisan budaya bukan benda masing-masing.
Beliau berkata demikian pada Forum Industri Kebudayaan China-ASEAN Ke-4 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China semalam. Seramai 68 orang pegawai kebudayaan, pakar, sarjana dan wakil usahawan dari China, Brunei Darussalam dan Kemboja dan Amerika Syarikat menghadiri forum itu. Mereka membincangkan krisis kewangan yang membawa peluang dan cabaran kepada industri kebudayaan China dan pelbagai negara ASEAN.