Menurut laporan dari News Asia Singapura, Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berkata, dasar dan standard yang sama dan stabil amat diperlukan untuk membangunkan bangunan hijau.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, Singapura bercadang "menghijaukan" 80% daripada bangunan sehingga tahun 2030, dan berharap dapat mengurangkan penggunaan tenaga lebih daripada 30%.
Encik Teo Chee Hean berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian jawatankuasa tersebut pada 28 hb.
Pengerusi jawatankuasa tersebut berkata, jawatankuasa yang baru ditubuhkan itu bercadang mengeluarkan satu sistem penilaian yang lengkap dalam tempoh enam bulan hingga setahun. Matlamat jangka panjang jawatankuasa ini untuk memperkembangkan Singapura sebagai sebuah pusat bangunan hijau dengan kerjasama dengan kerajaan.