Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Antarabangsa China-Vietnam akan diadakan di Provinsi Tinh Quang Ninh, Vietnam dari 4 hingga 8 Disember nanti. Dalam sidang akhbar oleh Kerajaan tempatan Provinsi Tinh Quang Ninh yang diadakan baru-baru ini mengumumkan tema utama ekspo tersebut, iaitu "Perdagangan-pelancongan dan pelaburan, kerjasama ekonomi demi pembangunan bersama."
Sehingga sekarang, 370 buah gerai pameran telah ditempah oleh syarikat kedua-dua negara. Sebanyak 250 gerai pameran ditempah oleh syarikat Vietnam, dan 120 buah lagi oleh syarikat China. Menurut pihak penganjur, beberapa aktiviti juga akan diadakan dalam tempoh ekspo tersebut, seperti seminar, persembahan kesenian dan pertandingan golf.