Rancangan "Memasuki Indonesia", iaitu sebahagian daripada siri program TV "Menjejakkan Kaki ke Seluruh Asia" mula dirakam oleh Pusat Seberang Laut Stesen Televisyen Pusat China(CCTV) di Indonesia semalam.
Berucap pada upacara pelancarannya, pegawai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia yang bertanggungjawab terhadap usaha-usaha promosi, Sapta Nirwandar berkata, rancangan "Memasuki Indonesia" diharapkan boleh mendorong perkembangan industri pelancongan dan menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke negara itu. Duta Besar China ke Indonesia, Puan Zhang Qiyue pula berharap, program TV itu boleh membantu meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.
Rancangan "Memasuki Indonesia" itu akan memperkenalkan Indonesia secara menyeluruh, seperti adat resam, kebudayaan, sejarah dan perkembangan hubungannya dengan China.








