Forum itu menetapkan tiga topik utama, iaitu perkembangan tamadun bandar yang berterusan, kepelbagaian budaya bandar dan konsep Ekspo Dunia yang berkembang. Para peserta forum akan membincnagkan gejala kepelbagaian budaya dalam proses urbanisasi, cabaran dan pengaruh ekoran isu-isu sejagat kepada Ekspo Dunia Shanghai dan masyarakat antarabangsa, serta prospek Ekspo Dunia pada masa depan.
Lebih 300 orang pemimpin, cendekiawan dan wakil pertubuhan antarabangsa akan menghadiri forum tersebut.
Laman web Ekspo Dunia Shanghai juga akan dilancarkan secara rasmi pada hari berkenaan bagi pengguna internet mengetahui mengenai Ekspo Dunia.








