Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama berkata, kawasan tersebut merupakan penentu kepada tercapainya gagasan "Komuniti Asia Timur". Pihaknya bersedia terus berusaha untuk menyumbang kepada pembangunan kawasan itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada fasa pertama Sidang Kemuncak Jepun-Kawasan Sungai Mekong pertama di Tokyo malam tadi.
Sidang tersebut disertai Perdana Menteri dari lima negara di kawasan Sungai Mekong, iaitu Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam. Isu pembangunan kawasan Sungai Mekong, alam sekitar dan perubahan iklim, dan usaha meningkatkan interaksi dan kerjasama menjadi topik utama perbincangan mereka.