
Logo Sukan Para Asia 2010
Logo, maskot dan slogan Sukan Para Asia 2010 Guangzhou diumumkan semalam.

Maskot Sukan Para Asia 2010
Logonya berbentuk manusia bersukan yang terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, hijau dan biru. Ia melambangkan atlet-atlet kurang upaya bersaing dan mewujudkan nilai sendiri dalam temasya sukan tersebut. Maskotnya yang dinamakan "Fenfen" ialah sekuntum bunga kapuk. Manakala, slogan sukan tersebut ialah "kita bersorak, kita berkongsi, kita berjaya".
Sukan Para Asia 2010 akan berlangsung di Guangzhou, China dari 12 hingga 19 Disember tahun 2010.








