Presiden China, Hu Jintao berlepas dari Beijing pada pukul 10.00 pagi tadi ke Kuala Lumpur kerana melawat Malaysia dan Singapura selama 6 hari. Dalam tempoh ini, Presiden Hu akan menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 di Singapura.
Malaysia merupakan destinasi pertama lawatan Presiden Hu. Penolong Menteri Luar China, Hu Zhengyue berkata baru-baru ini, Presiden Hu dijadualkan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Lawatan tersebut juga bagi meningkatkan kerjasama strategik, dan mendorong hubungan kedua-dua negara berkembang sihat dan stabil.
Kementerian Luar China juga memaklumkan, lawatan Presiden Hu ke Singapura bagi bertukar-tukar pandangan dengan beberapa pemimpin Republik itu mengenai usaha meningkatkan secara menyeluruh hubungan kerjasama yang saling menguntungkan, supaya kerjasama kedua-dua negara mencapai kemajuan yang baru.
Malaysia dan Singapura, dua negara anggota ASEAN. Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara China dengan ASEAN berkembang pesat. Zon perdagangan bebas China-ASEAN akan siap dibina pada bulan Januari tahun depan. Kerjasama kedua-dua pihak akan dipertingkatkan dengan langkah yang besar yang dijalankan. Hu Zhengyue menegaskan:
"Hu Jintao sebagai Presiden Negara pertama kali mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Singapura. Lawatan ini juga merupakan lawatan sekali lagi Presiden China ke kedua-dua negara tersebut selepas 15 tahun. Ini sangat penting bagi perkembangan hubungan China dengan Malaysia dan Singapura, bahkan hubungan China dengan ASEAN. "
Selepas melawat Malaysia dan Singapura, Presiden Hu akan menghadiri Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 yang akan diadakan di Singapura pada 14 dan 15 hari bulan ini. Dalam menghadapi impak krisis kewangan global, masyarakat antarabangsa menaruh harapan tinggi terhadap hasil sidang kali ini.
Naib Menteri Luar China, He Yafei mengemukakan harapan China terhadap sidang tersebut baru-baru ini, dan menyatakan kesediaan China beserta dengan pelbagai pihak untuk mewujudkan harapan bersama. Beliau berkata:
"Pertama, China berharap sidang APEC mengemukakan beberapa rancangan kerjasama yang konkrit bagi menghadapi krisis kewangan antarabangsa dan memulihkan pembangunan ekonomi; kedua, China berharap sidang tersebut mengeluarkan isyarat yang lebih jelas mengenai usaha menentang perlindungan perdagangan dan perlindungan pelaburan, serta menyokong Rundingan Pusingan Doha; ketiga, mendorong integrasi ekonomi rantau mencapai kemajuan baru; keempat, mendorong pembaharuan dan perkembangan mekanisme APEC."
Selain itu, semasa sidang tersebut, Presiden Hu akan menerangkan secara menyeluruh pandangan China tentang usaha menghadapi krisis kewangan antarabangsa dan memulihkan pembangunan ekonomi, pendirian kerajaan China dalam menghadapi perubahan iklim, dan pandangan China terhadap perkembangan APEC pada masa depan.