Cari:
Majlis Penasihat APEC Seru Tindakan Menentang Perlindungan Perdagangan
2009-11-12 16:16:08 CRI Cetak

Anggota Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) diseru mengambil langkah meningkatkan pemulihan berterusan ekonomi dan menentang perlindungan perdagangan. Seruan tersebut dibuat dalam sidang ke-4 Majlis Penasihat APEC di Singapura semalam.

Pengerusi majlis tersebut, Teng Theng Dar berkata dalam sidang media, walaupun kemerosotan ekonomi global terhenti, tetapi masih wujud risiko yang besar kerana pertumbuhan hanya pulih sedikit. Selain itu, terdapat trend perlindungan perdagangan dilakukan oleh beberapa entiti ekonomi anggota APEC. Ini mengakibatkan kesan negatif terhadap perdagangan dan pelaburan di samping menghalang pemulihan ekonomi.

Sehubungan itu, pemimpin APEC diseru mengambil langkah menghapuskan sekatan perdagangan yang baru, meneruskan usaha integrasi ekonomi serantau, mendorong rundingan pusingan Doha dan memberi sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China