Cari:
Menteri Luar China Terangkan Pendirian China dalam Sidang Peringkat Menteri Ke-21 APEC
2009-11-12 18:46:03 CRI Cetak

Menteri Luar China, Yang Jiechi menerangkan pendirian kerajaan China dalam beberapa topik yang menarik perhatian pelbagai pihak dalam Sidang Peringkat Menteri ke-21 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Singapura pagi tadi.

Mengenai krisis kewangan global, Yang Jiechi berkata, pemulihan keseluruhan ekonomi dunia akan mengalami proses yang perlahan. Sehubungan itu, APEC perlu bersatu melaksanakan dasar pertumbuhan ekonomi berterusan terutama meningkatkan keupayaan negara membangun dalam menghadapi krisis kewangan.

Mengenai masalah perubahan iklim, beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu mengikut prinsip bertanggungjawab sama tetapi memikul tugas yang berlainan ketika menghadapi masalah tersebut. Beliau berharap "Konvensyen Perubahan Iklim PBB" dan "Protokol Kyoto" dilaksanakan dengan menyeluruh, berkesan dan berterusan melalui sidang Copenhagen. Sementara itu, Menteri Perdagangan China, Chen Deming dalam ucapannya berkata, pelbagai pihak perlu menentang perlindungan perdagangan dan menjamin bantuan perdagangan tidak digunakan dengan melampau supaya mendorong pemulihan ekonomi rantau Asia Pasifik dengan secepat mungkin.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China