Cari:
China dan Singapura Mempertingkat Kerjasama dalam Pelbagai Bidang
2009-11-12 10:07:26 CRI Cetak

China memberi perhatian berat terhadap hubungan dengan Singapura dan bersedia mempertingkatkan kerjasama saling menguntungkan kedua-dua negara dan memberi sumbangan yang besar kepada keamanan dan kemakmuran Asia. Presiden China, Hu Jintao berkata demikian ketika menemui Presiden Singapura, Sellapan Rama Nathan di Singapura semalam.
Hu Jintao menegaskan, kerjasama modal insan merupakan kandungan utama dalam kerjasama China-Singapura dan tetap diambil berat kedua-dua pihak. Meningkatkan pertukaran lawatan antara belia kedua-dua negara pula berfaedah kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara dengan stabil dalam jangka panjang.


Ketika menemui Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, Hu Jintao berkata, pemimpin kedua-dua negara perlu mengekalkan perhubungan yang sedai erat dan bertukar-tukar pendapat dengan ikhlas; memperluaskan bidang kerjasama dan meningkatkan pertukaran lawatan pekerja, budaya dan pengetahuan.
Lee Kuan Yew berkata, Singapura merasa gembira melihat kemajuan besar yang dicapai ekonomi China dan mengalu-alukan China memainkan peranan penting dalam urusan antarabangsa dan serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China