Ekspo Dunia di Shanghai akan mendorong inovasi, membina keyakinan dan mendorong pembangunan bersama. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Wen Jiabao semasa berucap pada upacara perasmian Forum Antarabangsa Ekspo Dunia ke-7 2010 di Shanghai China di Beijing hari ini.
Wen Jiabao berkata, Ekspo Dunia di Shanghai akan menyediakan wahana bagi pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa dan perusahaan untuk mempamerkan hasil inovasi serta menggalakkan kerjasama sains dan teknologi dengan pelbagai cara berdasarkan penggunaan sumber sains dan teknologi antarabangsa dengan sepenuhnya. Dalam menghadapi banyak cabaran, seperti krisis kewangan global, perubahan iklim, keselamatan sumber dan bahan makanan serta ancaman penyebaran nuklear, ekspo ini amat membantu untuk meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain dan menggalakkan keamanan dan perkembangan dunia.
Wen Jiabao mengatakan, China tetap berpegang kepada prinsip kerjasama, pembangunan secara damai dan terbuka. China bersedia bersama dengan masyarakat antarabangsa menentang tindakan perlindungan perdagangan, menangani pelbagai krisis dan cabaran, serta menyumbang tenaga kepada pembangunan berterusan dunia yang harmoni








