Cari:
Sidang Peringkat Menteri dan Menteri Kewangan APEC Berakhir
2009-11-13 11:22:46 CRI Cetak

Sidang Peringkat Menteri ke-21 dan Sidang Menteri Kewangan ke-16 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Singapura berakhir petang semalam.

Menurut kenyataan bersama Sidang Menteri Kewangan APEC, pengawasan dan pengawalan kewangan akan terus dipertingkatkan. Di samping itu, badan kewangan akan mengalami pembaharuan untuk mewujudkan sistem kewangan yang berorientasikan inovasi yang cekap supaya pertumbuhan ekonomi terjamin. Selain itu, pelbagai entiti digalakkan melabur ke luar untuk pembinaan infrastruktur dan ekonomi bersifat hijau.

Menurut kenyataan bersama yang dicapai dalam sidang peringkat menteri APEC, kos perdagangan dalam rantau Asia Pasifik akan dikurangkan dengan memudahkan beberapa langkah perdagangan demi mendorong integrasi ekonomi serantau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China