China dan Singapura perlu meningkatkan kerjasama ekonomi perdagangan dan meneroka potensi sektor berkenaan supaya pemulihan ekonomi terlaksana dengan secepat mungkin.
Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao dalam jamuan alu-aluan golongan industri dan perniagaan dan persatuan persahabatan Singapura semalam. Menurut beliau, kerjasama pelbagai bidang China-Singapura telah mencapai hasil yang memuaskan. Singapura sudah menjadi salah satu rakan kerjasama China yang penting dalam ASEAN. Jumlah perdagangan dua hala mencapai 52.4 bilion dolar Amerika pada tahun 2008 meningkat 10.5% berbanding dengan tahun 2007. Bilangan pelaburan Singapura kepada China pula sudah melebihi 40 bilion dolar Amerika. Beliau berkata, kerjasama yang saling menguntungkan China-Singapura bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, tetapi juga mendorong keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Presiden Hu Jintao menegaskan China bersedia menghadapi krisis kewangan antarabangsa melalui kerjasama dan memberi sumbangan yang baru bagi pertumbuhan ekonomi dunia.