Singapura dan Australia menyampaikan alau-aluan terhadap keputusan A.S. untuk menyertai rundingan "Perjanjian Rakan Kerjasama Strategik Trans Pasifik" yang diumumkan oleh Presiden A.S., Barack Obama di Tokyo, Jepun pagi tadi.
Perjanjian yang dianjurkan oleh Singapura, Brunei Darusslam, Chile dan New Zealand itu merupakan perjanjian perdagangan bebas dalam rangka APEC.
Menteri Perdagangan Singapura, Lim Hng Kiang menyatakan keputusan A.S. itu memberi isyarat negaranya hendak meningkatkan hubungan dengan rantau Asia Pasifik dalam bidang ekonomi.