Cari:
Pelbagai Kalangan Malaysia Sanjung Tinggi Lawatan Presiden China Hu Jintao ke Malaysia
2009-11-14 14:50:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tokoh-tokoh pelbagai kalangan Malaysia menyanjung tinggi lawatan Presiden China, Hu Jintao ke Malaysia dan menganggap lawatan yang singkat itu amat berhasil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, lawatan Presiden Hu Jintao ke Malaysia amat berjaya dan giat mendorong perkembangan hubungan dua hala, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara serta mengeratkan hubungan pemimpin kedua-dua negara.

Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Malaysia, Pheng Yin Huah berkata, lawatan Presiden Hu Jintao ke Malaysia kali ini menggambarkan China memberi perhatian berat kepada pertukaran lawatan dengan negara jiran serta mendorong kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara termasuk golongan ahli perniagaan.

Selain itu, baru-baru ini, akhbar Malaysia yang berbahasa Mandarin masing-masing menyanjung tinggi hasil lawatan Presiden Hu.

Akhbar Sin Chew Jit Poh menyebut, lawatan Presiden Hu membuktikan hubungan Malaysia-China sedang dipertingkatkan dan menggambarkan keikhlasan China untuk mengembangkan hubungan dengan Malaysia, malah seluruh ASEAN.

New Straits Times menyiarkan laporan dalam sebuah halaman tentang banyak projek kerjasama Malaysia-China yang dicapai dalam tempoh lawatan Hu Jintao yang membolehkan kedua-dua negara mencapai tahap yang baru dalam mengembangkan hubungan politik dan perdagangan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China