Cari:
Ucapan Hu Jintao dalam Sidang CEO APEC Mendapat Sambutan Baik
2009-11-14 15:00:16 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao menyampaikan ucapan dalam Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Singapura semalam. Ucapan beliau yang bertujuk "Memperkukuh keyakinan untuk mengekalkan kerjasama dan membangkitkan ekonomi dunia" itu mendapat sambutan baik daripada para peserta.

Pengarah Pengurus Kumpulan Procter&Gamble bagi rantau Asia, Puan Dai Bihan dalam sidang tersebut mewakili semua peserta menyampaikan terima kasih kepada Presiden Hu Jintao kerana China berperanan penting dalam usaha mendorong pemulihan ekonomi dunia. Dai Bihan berkata, langkah dan pelan yang diterangkan dalam ucapan Hu Jintao akan membantu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi di rantan ini.

Pengarah Pengurus Syarikat Kewangan General Electric bagi Singapura dan Malaysia, Encik Rahul Gupta berkata, ucapan Presiden Hu Jintao amat menggalakkan dan sekali lagi menggambarkan peranan penting yang dimainkan China dalam proses pemulihan ekonomi sejagat.

Presiden Institusi Usahawan Asia Filipina, Jaime Santos berkata, ekonomi China yang berkembang pesat dilihat sebagai satu simbol pemulihan ekonomi di rantau ini dan akan membantu entiti ekonomi yang lain di Asia membina semula keyakinan dalam membangunkan ekonomi tempatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China