Cari:
Pelbagai Pihak Diseru Mendorong Sidang Perubahan Iklim Copenhagen Tercapai Hasil Memuaskan
2009-11-15 15:01:51 CRI Cetak

Konselor Jabatan Perjanjian dan Undang-undang Kementerian Luar China, Yi Xianliang menyeru pelbagai pihak terutama pemimpin negara maju berusaha mendorong sidang Copenhagen mencapai hasil yang memuaskan bagi menghadapi perubahan iklim.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pusat penerangan delegasi China untuk APEC di Singapura semalam.

Menurut beliau, kewujudan "Peta Garisan Bali" berselang dua tahun hingga sidang perubahan iklim PBB di Copenhagen yang akan diadakan 22 hari kemudian. Dalam proses rundingan berkenaan, masyarakat antarabangsa telah mencapai kata sepakat yang luas dalam beberapa bidang yang berkaitan. Namun, ketidakpastian yang wujud dalam masalah perubahan iklim yang melibatkan masalah sains teknologi, ekonomi dan sosial menjadikan rundingan itu susah berjalan.

Katanya, halangan yang paling besar berpunca daripada negara-negara maju kerana mereka menolak melaksanakan tugasnya yang sewajar termasuk mengeluarkan modal dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, malah sentiasa cuba mencabar prinsip inti "memikul tanggungjawab yang sama tetapi tugas berlainan" yang terkandung dalam "Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China