China bersedia bersama dengan masyarakat antarabangsa untuk mengekalkan pertumbuhan eknomi berterusan dan seimbang, menyokong kewujudan sistem perdagangan pelbagai hala, menghadapi cabaran perubahan iklim dan mendorong integrasi ekonomi serantau.
Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Hu Jintao ketika berucap dalam peringkat kedua Sidang Tidak Rasmi Pemimpin ke-17 Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Singapura pagi tadi.
Menurut beliau, pelbagai entiti perlu mengambil langkah berkesan untuk merangsang permintaan, mengekalkan sistem perdagangan dan pelaburan global yang adil, bebas dan terbuka serta terus mendorong pertumbuhan keseluruhan ekonomi dunia. Di samping itu, entiti berkenaan juga perlu mengubahsuai struktur sumber tenaga dan industri supaya mendorong pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Mengenai beberapa masalah menonjol yang berlaku dalam proses pertumbuhan ekonomi dunia dan rantau, Presiden Hu menyeru anggota APEC berusaha bersama menghadapi pelbagai cabaran, mendorong integrasi ekonomi serantau dan bekerjasama menghadapi ancaman keselamatan bukan tradisional.
Beliau berkata, China akan terus meningkatkan kerjasama dengan anggota APEC dalam pelbagai bidang demi memberi sumbangan lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi dunia.