Cari:
Sekretariat APEC Lantik Ketua Pengarah Eksekutif Tetap yang Pertama
2009-11-15 18:39:48 CRI Cetak

Muhamad Noor Yacob yang berwarga negara Malaysia dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Tetap yang pertama bagi Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Demikian dimaklumkan oleh Sekretariat APEC petang tadi.

Menurut "Perisytiharan Singapura" yang dikeluarkan Sidang Tidak Rasmi Pemimpin ke-17 APEC petang tadi, pelantikan ketua pengarah eksekutif APEC yang ditetapkan tempoh perkhidmatannya merupakan satu langkah penting bagi meningkatkan peranan sekretariat pertubuhan itu dan memenuhi keperluan APEC dalam pelbagai bidang.

Pelantikan tersebut akan berkuatkuasa pada 1 Januarti tahun hadapan dan tempoh perkhidmatannya ialah tiga tahun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China