Pemimpin anggota APEC memakai pakaian tradisional Singapura untuk diambil gambar bersama-sama dalam majlis Malam Singpura semalam.
Menurut kelaziman, negara tuan rumah Sidang APEC perlu menyediakan pakaian tradisional tempatan untuk para peserta dalam tempoh sidang itu. Ini bukan sahaja mempromos budaya negara tuan rumah, tetapi juga memperlihatkan konsep pelbagai anggota APEC bagi berusaha menubuhkan "Keluarga Besar Asia-Pasifik".
Namun, sebelum itu, menurut Jawatankuasa Penanjur Sidang APEC, lawatan Presiden A.S., Barack Obama ke Singapura akan ditangguh dan pelan untuk mengambil "Potret Keluarga" dijadualkan ditangguh ke hari ini. Oleh itu, semua pemimpin anggota tidak akan diatur memakai pakaian tersebut.