Cari:
Deklarasi Singapura Diluluskan
2009-11-16 09:15:29 CRI Cetak

Matlamat bersama APEC tidak akan berubah, iaitu memberi sumbangan bagi pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rantau Asia Pasifik melalui perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka.

Kenyataan tersebut terkandung dalam Deklarasi Singapura yang diluluskan dalam Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-17 yang berakhir semalam.

Menurut deklarasi tersebut, para negara anggota APEC perlu terus mengekalkan pakej rangsangan ekonomi sehingga pulih dengan kukuh.

Menyentuh tentang perdagangan pelbagai hala, deklarasi itu menyebut, APEC akan berusaha mendorong rundingan pusingan Doha berakhir sebelum penghujung tahun 2010 dan mencapai hasilnya, serta berusaha mencapai Matlamat Bogor dapat mempergiat integrasi serantau.

APEC memberi perhatian berat terhadap cabaran keselamatan bahan makanan dan berjanji akan meningkatkan kerjasama kesihatan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China