Cari:
China dan ASEAN Tingkatkan Penerokaan dan Penggunaan Sumber Tenaga Baru dan Sumber Tenaga Kitar Semula
2009-11-26 16:48:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan negara-negara ASEAN meningkatkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga baru dan sumber tenaga kitar semula.

Ini ekoran berlangsungnya Forum Kerjasama Sains dan Teknologi China-ASEAN Mengenai Penerokaan dan Penggunaan Sumber Tenaga Baru dan Sumber Tenaga Kitar Semula di Kunming, Yunnan hari ini. Ketua Bahagian Sains dan Teknologi Sekretariat ASEAN, Alexander Lim berkata, China dan negara-negara ASEAN mempunyai sumber tenaga baru dan sumber tenaga kitar semula yang kaya. Kedua-dua pihak mempunyai banyak pengalaman dan hasil dalam bidang tersebut. Ini meletakkan asas yang baik bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, Kementerian Sains dan Teknologi China dan Sekretariat ASEAN telah bersetuju untuk mewujudkan wahana kerjasama sains dan teknologi di Jabatan Sains dan Teknologi Yunnan pada awal bulan ini bagi negara-negara tersebut berkongsi maklumat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China